15 Februari 2009


cinta itu satu nikmat
cinta amat unik untuk ditafsirkan
cinta itu indah
bagai pelangi
yang punyai 7 warna berbeza
dan punyai pelbagai makna
namun harus diingati
cinta itu akan hilang andai ia tidak disemai dan dijaga
bagai pelangi yang muncul selepas hujan
walau begitu indah ia tetap akan pergi.......
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im

Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya. Dalam kelas, biasanya subjek diajar adalah baru. Ini membuatkan kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya.

Begitu juga ketika melakukan kerja di pejabat. Tidak semua perkara yang kita tahu. Oleh itu bertanyalah walaupun pada pakcik, makcik yang rendah pangkat daripada anda. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh.

“Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”

Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Berkongsilah.

Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula.
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan
meransang kecerdasan otak.
10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
13. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
15. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya
tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
16. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap
sebelum dan selepas peperiksaan.
17. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
18. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
19. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
20. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.